NEELOFA
NEELOFA
Najiy Jefri

 

PROGRAM Qurban Kasih Neelofa Aidiladha anjuran Pertubuhan Kasih Neelofa yang diumumkan baru-baru ini mendapat sambutan memberangsangkan daripada orang ramai.

Neelofa berkata, kehidupan normal baharu berikutan penularan Covid-19, baru-baru ini yang memerlukan kita untuk sentiasa menjaga jarak dan duduk di rumah, kebanyakan daripada mereka mengambil peluang ini untuk melaksanakan ibadah korban menerusi program ini.

Katanya, pihak pertubuhan akan menjalin kerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) dan swasta bagi merancakkan program Qurban Kasih Neelofa Aidiladha.

"Kami ingin memperluaskan program ini. Justeru, kerjasama dengan badan-badan NGO memudahkan pihak kami bagi proses pengagihan dan mengenal pasti individu yang memerlukan di setiap negeri," katanya.

Menerusi program itu, satu bahagian lembu dikenakan bayaran sebanyak RM750. Urusan pemilihan lembu korban sehinggalah penyembelihan dan pengagihan daging kepada golongan asnaf dan fakir miskin diuruskan Pertubuhan Kasih Neelofa.

Bagi yang ingin menyertai program Qurban Kasih Neelofa Aidiladha, pendaftaran masih dibuka sehingga 23 Julai ini iaitu seminggu sebelum Aidiladha.

 

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Julai 2020 @ 1:21 PM