Syahrini bersama suaminya.
Syahrini bersama suaminya.
Agensi

PENYANYI sensasi Indonesia, Syahrini, 38, menempelak ramalan seorang tukang tilik nasib yang menyatakan rumah tangganya dengan Reino Barack, 36, yang dibina sejak tahun lalu bakal musnah dalam tempoh dua tahun ini.

Menerusi laporan portal Grid Fame, Syahrini tidak sesekali akan mempercayai dengan ramalan atau zodiak kerana boleh dianggap syirik.

"Saya sudah diajar keluarga untuk tidak percaya dengan sebarang ramalan atau apa yang dikongsikan tukang tilik. Bagi saya perbuatan itu syirik dan Islam juga melarang untuk percaya.

"Mereka tidak boleh mengetahui nasib seseorang kecuali Allah SWT. Percaya saja dengan Allah, jalankan apa yang diperintahkan, jangan percaya peramal atau perbuatan syirik," katanya.

Menurut Syahrini, dia berharap tukang tilik terbabit menjaga kehidupan peribadinya terlebih dahulu sebelum menuduh yang bukan-bukan.

"Jaga hidup anda dulu, jangan sibuk jaga kehidupan orang lain.

"Saya mohon jangan percaya dengan peramal nasib, sebaliknya percaya dengan Allah yang menciptakan kita, Insya-Allah," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Julai 2020 @ 2:38 PM