KAWASAN rumah agam yang bakal didiami oleh pasangan selebriti popular indonesia. FOTO ihsan Youtube Anang
KAWASAN rumah agam yang bakal didiami oleh pasangan selebriti popular indonesia. FOTO ihsan Youtube Anang
Sudirman Mohd Tahir

 

PASANGAN selebriti popular Indonesia, Anang Hermansyah dan Ashanty dikhabarkan bakal mendiami kediaman mewah baharu yang dianggarkan bernilai RM18 juta.

Rumah yang terletak kawasan Kemang, Jakarta Selatan itu berkeluasan 1497 meter persegi dan dilengkapi perabot di setiap ruang rumah itu.

Ashanty menerusi video yang dimuat naik di saluran YouTube The Hermansyah A6 semalam, berkata, rumah itu menjadi pilihan hatinya.

"Lengkap dengan perabot. Memang menarik. Mahu tengok dulu. Sepertinya ini pilihan hati. Rumahnya 'best' sangat," katanya.

KAWASAN rumah agam yang bakal didiami oleh pasangan selebriti popular indonesia. FOTO ihsan Youtube Anang
KAWASAN rumah agam yang bakal didiami oleh pasangan selebriti popular indonesia. FOTO ihsan Youtube Anang

Menerusi video sama, anak kedua Anang hasil perkahwinan dengan bekas isteri, Krisdayanti iaitu Azriel turut mengakui rumah itu sangat menarik.

"Rumah ini bagus sangat, baru lagi dan belum ada siapa pernah tinggal di sini. Lokasi juga menarik, jauh ke dalam dan bebas dari kesesakan jalan raya," katanya.

Dalam video berdurasi 11 minit dan tujuh saat itu, pasangan itu sempat membuat 'tour' di bahagian dalam dan luar rumah itu.

Difahamkan, rumah yang didiami sekarang yang terletak di Cinere, Jakarta Selatan yang mahu dijual pada harga RM10.5 juta itu sudah laku terjual.

KAWASAN rumah agam yang bakal didiami oleh pasangan selebriti popular indonesia. FOTO ihsan Youtube Anang
KAWASAN rumah agam yang bakal didiami oleh pasangan selebriti popular indonesia. FOTO ihsan Youtube Anang

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Julai 2020 @ 9:39 AM