BELLA Astillah bersama bayi keduanya.
BELLA Astillah bersama bayi keduanya.
Georgie Joseph

 

PELAKON dan penyanyi Bella Astillah selamat melahirkan bayi perempuan yang juga anak keduanya bersama suami, Aliff Aziz, pada jam 6.10 pagi, hari ini.

Bella, 26, berkata, proses bersalin kali ini sedikit lama berbanding melahirkan anak sulungnya Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia tiga tahun.

"Syukur alhamdullilah, saya sudah selamat bersalin. Terima kasih tidak terhingga kepada yang sentiasa mendoakan saya.

"Saya tiba di hospital tadi jam 3.30 pagi, puteri saya dilahirkan jam 6.10 pagi. Alhamdulillah, abang dulu satu jam setengah, adik pula dua jam setengah," katanya.

Pada April lalu, Bella berkongsi mengenai kehamilan anak kedua itu selepas memutuskan untuk rujuk semula dengan Aliff selepas bercerai pada 1 Mei tahun lalu.

Walaupun tanpa suami di sisi menemani proses kelahiran itu, Bella yakin doa suaminya sentiasa bersama walau sudah beberapa bulan tidak berjumpa akibat penularan Covid-19.

Aliff dan Bella mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan anak lelaki, Mohammad Ayden Adrean, 3.

 

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Julai 2020 @ 10:43 AM