ZARINA selamat bernikah dengan jejaka yang bernama Eliyas Azhar pada 17 Julai lalu. FOTO ihsan IG
ZARINA selamat bernikah dengan jejaka yang bernama Eliyas Azhar pada 17 Julai lalu. FOTO ihsan IG
Norhayati Nordin


KASIH sayang ditunjukkan pelakon sensasi, Zarina Anjoulie terhadap keluarga mentuanya sangat dikagumi warganet hingga ramai mendoakan kebahagiaan rumah tangga yang baharu dibina itu.

Zarina yang pernah membintangi drama Anak Pontianak selamat bernikah kali kedua dengan jejaka pilihan dikenali Eliyas Azhar di Pejabat Agama Islam Daerah Seremban, Negeri Sembilan pada 17 Julai lalu.

Menerusi perkongsian foto bersama ibu dan bapa mentuanya di Instagram, ia begitu mencuri perhatian warganet yang menganggap Zarina sangat bertuah.

Ditambah dengan kapsyen ditulis pada foto berkenaan, kebanyakan warganet juga memuji betapa keluarga suaminya tidak bersikap memilih menantu walaupun Zarina banyak dipalit cerita sensasi dan kontroversi.

"Saya sayang keluarga mentua saya. Terima kasih banyak- banyak dan Alhamdulillah," tulisnya.

Selain itu, busana warna putih krim dipakai Zarina pada majlis pernikahannya juga dipuji kerana menutup aurat sepenuhnya, longgar dan labuh.

Siapa sangka, Zarina yang sering tampil seksi sebelum ini dan lantang bersuara begitu teliti memilih busana sesuai yang ringkas tetapi cantik untuk digayakan pada majlis pernikahannya.

Zarina dan Eliyas sah bergelar pasangan suami dengan sekali lafaz.

Zarina yang juga ibu kepada seorang anak lelaki, Awangku Gabriel Martin Ezra pernah mendirikan rumah tangga dengan lelaki berasal dari Brunei pada 2015 tetapi bercerai pada Disember 2016.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Julai 2020 @ 7:36 PM