BUNGA CITRA LESTARI
BUNGA CITRA LESTARI
Norhayati Nordin


PENYANYI dan pelakon popular Indonesia, Bunga Citra Lestari atau BCL kembali bersemangat mahu merancakkan semula kerjaya seninya selepas lima bulan berkabung.

Ia berikutan, pada Februari lalu BCL dan seisi keluarga melalui dugaan besar dalam hidup apabila kehilangan suami tercinta, Allahyarham Ashraf Sinclair yang meninggal dunia.

Apapun, hari ini pada jam 3.30 petang waktu tempatan BCL akan muncul dalam 'virtual showcase' pertamanya iaitu Melangkah Lagi di saluran YouTube, It's Me BCL.

Persembahan istimewa julung kali itu akan menampilkan BCL menyanyi lagu baharu, 12 Tahun Terindah yang dilancarkannya baru-baru ini.

Sebanyak tiga lagu akan dipersembahkan BCL dalam Showcase Melangkah Lagi itu yang berlatar lokasi di dalam kediamannya.

Persembahan secara langsung dari aras tiga kediaman BCL itu, akan menampilkan mini studio milik ibu tunggal seorang anak itu menjalankan kerja muziknya.

Pada persembahan nyanyian itu, pelakon utama filem Habibie & Ainun berkenaan akan diiringi pemuzik BCL Band dengan pembabitan Ronald Stevens sebagai pengarah muzik.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Julai 2020 @ 1:02 PM