SHEILA reda kehilangan ibu tercinta, Saadiah. FOTO IG Sheila Majid
SHEILA reda kehilangan ibu tercinta, Saadiah. FOTO IG Sheila Majid
Norhayati Nordin

PENGHIBUR terkenal yang juga Ratu Jazz negara, Datuk Sheila Majid reda kehilangan ibu tercinta, Datuk Paduka Saadiah Adam, hari ini.

Allahyarham Saadiah, 96, menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Pantai, jam 4.30 pagi,  akibat sakit tua.

Justeru, jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Sakinah Kiara 2, Bukit Kiara, jam 10 pagi tadi.

Menurut pengurus Sheila iaitu Siti Zabedah Salim, Allahyarham  Saadiah tidak mempunyai sebarang penyakit dan keadaannya pun sihat sahaja. 

"Tetapi, baru-baru ini keadaan kesihatan Allahyarham didapati semakin lemah dan dia juga kurang selera makan.

"Oleh itu, keluarga membawa Allahyarham mendapatkan rawatan di hospital pada Selasa lalu, selepas dia dilihat semakin uzur," katanya.

Bagaimanapun, Allahyarham Saadiah yang juga ibu kepada lapan anak menghembuskan nafas terakhir di hadapan ahli keluarganya.

Terdahulu, sekitar lima hari lalu Sheila ada memuat naik foto beliau menemani Allahyarham ibunya yang uzur di hospital.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 Ogos 2020 @ 5:26 PM