Hafidz Roshdi. FOTO ihsan IG
Hafidz Roshdi. FOTO ihsan IG
Najiy Jefri

 

Pelakon, Hafidz Roshdi yang didakwa menendang pengarah drama My Sweet Heart Hannan, Adam Hamid di lokasi pada Khamis lalu tampil bersuara.

Hafidz yang juga pelakon utama drama itu ketika dihubungi berkata, insiden terbabit sudah diselesaikan dengan cara baik.

Malah Hafidz menyifatkan apa yang berlaku hanyalah salah faham.

"Kami dah okey dan sudah diselesaikan dengan baik.

"Tiada apa yang perlu diperbesarkan pun. Ia hanya salah faham," katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu Adam didakwa ditendang Hafidz di lokasi penggambaran di Sungai Buloh pada Khamis lalu.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan di Harian Metro, Adam menafikan perkara itu sebaliknya mengakui pelakon itu hanya menolak dirinya sebelum mengambil keputusan meninggalkan lokasi.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 Ogos 2020 @ 4:37 PM