FATIN Afeefa bersama anaknya. FOTO ihsan IG
FATIN Afeefa bersama anaknya. FOTO ihsan IG
Sudirman Mohd Tahir

 

PELAKON, Fatin Afeefa mengakui tidak kisah dilabel 'high maintenance' disebabkan gaya hidup yang dipamer di laman sosial.

Fatin berkata, apa yang dimiliki adalah hasil titik peluh dan kerja keras sendiri selain menyifatkan ia rezeki yang dikurniakan.

"Orang kata saya 'high maintenance' dan susah nak jaga tapi saya tak minta pun mereka jaga saya.

"Saya 'high maintenance' sebab kerja. Sekarang saya masih dapat rezeki, menjadi duta dan sebagainya. Jadi, apa sebab saya tak mampu nak pakai apa yang diinginkan?

"Pada masa sama, tak perlu lelaki untuk tanggung saya," katanya.

Dalam pada itu, pelakon yang popular menerusi filem Tentang Bulan itu berkata apa yang penting berbelanja mengikut kemampuan dan ukur baju di badan sendiri.

FATIN Afeefa. FOTO ihsan IG
FATIN Afeefa. FOTO ihsan IG

"Apa yang penting kena ukur baju di badan sendiri. Kalau anda tak mampu, beli saja yang anda mampu. Bagi saya pula, kadang-kadang tidaklah saya mampu setiap masa.

"Sebab ada ketika kita rasa teringin dan terus beli. Jadi kita buatlah dua tiga kerja, Insya Allah boleh. Selebihnya kita masukkan dalam simpanan. Sesekali kita 'reward' diri sebab penat kerja," katanya.

Bercerita mengenai soal mendirikan rumah tangga, ibu kepada dua cahaya itu tidak meletakkan sasaran untuk berkahwin dalam tempoh terdekat.

"Netizen minta saya kahwin, tapi kalau nak kahwin hanya semata-mata untuk puaskan hati dan tutup mulut orang, saya rasa tidak.

"Sebab nanti yang kahwin dan merana ialah saya dan bukan orang luar. Saya tak berminat nak berkahwin buat masa ini.

"Saya sangat gembira dengan hidup sekarang yang mana saya boleh fokus kerja dan anak-anak saya. Jadi saya tidak perlu fikir pasal masalah lain," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 Ogos 2020 @ 7:04 PM