CAITLYN (kiri) dan Kanye West.
CAITLYN (kiri) dan Kanye West.
Agensi

BINTANG realiti yang juga bekas bintang Olimpik, Caitlyn Jenner menerusi program Good Morning Britain meluahkan sokongannya kepada menantunya, Kanye West selepas apa yang dihadapi oleh penyanyi rap itu baru-baru ini. 

Dalam kenyataannya, bapa tiri kepada Kim Kardashian itu mengharapkan yang terbaik untuk menantunya kerana dia adalah orang yang baik. 

"Saya mengharapkan yang terbaik buatnya. Dia adalah insan yang baik," katanya. 

Dalam temu bual sama, Caitlyn, 70 turut berkongsi kebaikan yang pernah dilakukan Kanye kepadanya. 

"Satu perkara yang boleh saya kongsikan mengenainya adalah, bagaimana dia bersama saya berhadapan dengan pelbagai perkara.

"Dia juga adalah orang yang baik, penuh dengan kasih sayang dan bersikap baik kepada saya setiap masa terutamanya, ketika saya berdepan pelbagai isu sejak lima tahun kebelakangan ini," katanya. 

West sebelum ini terpalit kontroversi apabila mengeluarkan beberapa kenyataan yang tidak sepatutnya ketika berkempen sebagai calon presiden Amerika Syarikat. 

Antara kenyataan yang dikeluarkannya adalah, bagaimana dia dan isterinya, Kim pernah merancang untuk menggugurkan kandungan ketika Kim sedang hamil anak pertama mereka, North West.

Dia juga turut mengeluarkan kenyataan bahawa isterinya pernah merancang dengan seorang doktor untuk mengurungnya dan menggelarkan ibu mentuanya, Kris Jenner sebagai Kris Jong-un. 

 

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 Ogos 2020 @ 9:33 AM