ACHEY
ACHEY
Sudirman Mohd Tahir

MENGAMBIL kira keadaan dan kesihatan kedua ibu bapanya, pelawak popular, Achey membuat pengubahsuaian rumah membabitkan ruang tamu.

Achey berkata, dia juga menyediakan satu lagi tandas khas buat kemudahan mereka.

"Parkir yang dulu boleh muat empat kereta diubah menjadi dua buah sebab mak abah pesan tarik ruang tamu untuk membolehkan mereka lepak bawah.

"Mak abah tak larat naik tangga, jadi solusinya itu. Saya juga buatkan satu tandas kecil untuk mereka juga," katanya.

Terdahulu, Achey juga berkongsi dia akhirnya berjaya membeli rumah tiga tingkat selepas 10 tahun menyimpan.

"Alhamdulillah, kita cuba yang terbaik untuk keselesaan keluarga dan diri sendiri. Cara nak 'reward' diri sendiri tak sama, tapi 'reward' diri ke arah positif.

"Di situlah kita boleh ukur tahap kejayaan kita menyimpan dan urus duit," katanya.

Perkongsian Achey di Instagram itu mendapat pujian pengguna laman sosial yang kebanyakannya menyifatkan Achey sentiasa mendahulukan kedua ibu bapa dan keluarga.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Ogos 2020 @ 1:05 PM