KELLY Clarkson menggantikan tempat Simon Cowell dalam program America's Got Talent.
KELLY Clarkson menggantikan tempat Simon Cowell dalam program America's Got Talent.
Agensi

KERUSI penerbit Simon Cowell yang kosong dalam program America's Got Talent (AGT) selepas cedera akibat terjatuh dari basikal elektrik kini diisi sementara oleh penyanyi Kelly Clarkson.

Clarkson menerusi perkongsian di Instagram sempat mengusik peminat program pencarian bakat itu apabila mengatakan kehadirannya bakal menghangatkan program itu.

"Sahabat saya, Simon Cowell beransur pulih, namun dia tidak boleh tampil di AGT pada Selasa dan Rabu. Warga Amerika tak perlu bimbang kerana seseorang yang jauh lebih bijak, hebat dan seksi mengambil alih kerusinya! Kelly Clarkson yang luar biasa! Terima kasih!" katanya.

Terdahulu, Cowell terpaksa menjalani pembedahan akibat mengalami keretakan serius pada bahagian belakang selepas terjatuh dari basikal elektrik, Ahad lalu.

Cowell dilaporkan berada di bilik pembedahan selama enam jam untuk menjalani beberapa prosedur termasuk memasukkan besi pada bahagian belakangnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 Ogos 2020 @ 12:30 PM