BUNGA Citra Lestari dan Ariel Noah.
BUNGA Citra Lestari dan Ariel Noah.
Agensi

PENYANYI kumpulan Noah, Ariel menafikan Bunga Citra Lestari (BCL) pernah menolak cintanya, sebaliknya ia hanya salah faham dan apa yang ditolak BCL ialah lagu, bukannya cinta.

Ariel ketika menjadi tetamu program Okay Bos yang dihoskan Raffi Ahmad dan isterinya, Nagita Slavina berkata, ia adalah mengenai lagu berjudul Menghapus Jejakmu.

"Apa yang berlaku hanyalah masalah lagu. Lagu itu asalnya untuk dimuatkan dalam album Peterpan, tetapi tak jadi kerana ia tak sesuai dengan konsep muzik Peterpan Ia juga tidak sesuai dimasukkan ke dalam album Noah.

"Kebetulan ketika itu, BCL juga sedang mencari lagu baharu dan saya tawarkan kepadanya lagu itu kerana ia belum dirakam sesiapa. Bagaimanapun, sekiranya dia mengambil lagu itu, saya tidak mahu dia meletakkan nama saya sebagai pencipta," katanya.

Bagaimanapun, BCL menolak permintaan Ariel kerana dia mahu meletakkan nama Ariel sebagai penciptanya.

"Kerana tidak bersetuju dengan permintaan saya, BCL enggan menyanyikan lagu itu. Akhirnya projek itu tidak menjadi," katanya.

Sebelum itu, tersebar gossip mengatakan BCL menolak cinta Ariel di portal hiburan dan media sosial di Indonesia.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Ogos 2020 @ 4:41 PM