NOORKHIRIAH. FOTO Nurul Syazana Rose Razman
NOORKHIRIAH. FOTO Nurul Syazana Rose Razman
Georgie Joseph


PELAKON serba-boleh, Noorkhiriah, 44, tersinggung apabila dirinya dihina buruk oleh sesetengah pihak sehingga sekarang walaupun kadang-kadang gelaran diberikannya itu cuma sekadar gurauan.

Noorkhiriah berkata, dia tidak kisah digelar tua namun cukup terasa sekiranya digelar buruk yang jelas termasuk dalam kategori sindir badan (body shaming).

"Saya tidak kisah digelar tua sebab saya memang sudah tua. Tapi apabila digelar buruk, saya memang terasa sebab dari dulu mula masuk industri hiburan, buruk itu sinonim dengan saya. Ada juga pengarah yang sebut buruk tepat pada muka saya. Saya tak tahu kenapa, mungkin betullah saya buruk sangat. Sampai terdengar-dengar mereka sebut buruk walaupun hanya gurauan. Barulah saya tahu itu sejenis 'body shaming'. Kadang-kadang dalam gurauan berpada-padalah," katanya.

Pelakon drama Nur itu juga menyarankan syarikat produksi mengambil pelakon cantik daripada memanggilnya sekadar untuk mencukupkan orang serta menjadi bahan senda.

"Zaman sekarang saya faham semua cantik-cantik, tapi jika panggil saya hanya untuk memenuhkan 'frame' dan jadi bahan, lupakanlah. Saya sudah tua untuk hadap.

"Hati makin lama makin terasa. Panggil sajalah yang cantik manis kalau buruk pun tetap cantik. Saya sudah tak nak jadi bahan. Dalam gambar memang nampak manis tapi hakikatnya, saya biasa saja cuma bagi saya ciptaan Allah ini sudah cukup sempurna tapi yang menjahanamkan perasaan adalah manusia," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Ogos 2020 @ 5:33 PM