CYRUS dijadualkan menyanyikan single terbarunya berjudul Midnight Sky buat pertama kalinya di layar.
CYRUS dijadualkan menyanyikan single terbarunya berjudul Midnight Sky buat pertama kalinya di layar.
Agensi

PENYANYI Miley Cyrus sah akan tampil mengadakan persembahan di Anugerah Muzik Video MTV 2020 (VMA) pada 30 Ogos ini.

Cyrus dijadualkan menyanyikan single terbarunya berjudul Midnight Sky buat pertama kalinya di layar.

Cyrus mempunyai sejumlah rekod penampilan di MTV VMA. Beberapa tahun sebelumnya, dia mempersembahkan lagunya yang penuh emosi iaitu Slide Away.

Penampilan kali ini akan menjadi aksi kelimanya dalam salah satu acara yang penuh sensasi ini.

Pengumuman berkenaan pembabitan Cyrus dibuat selepas sejumlah penyanyi mengesahkan bahawa mereka akan tampil di MTV VMA 2020.

Mereka terdiri daripada Lady Gaga, The Weeknd, BTS, J Balvin, Maluma, Roddy Ricch, Doja Cat dan CNCO.

Bakal dihoskan Keke Palmer, MTV VMA 2020 asalnya dijadualkan diadakan di Barclays Center, New York. Namun, rancangan itu dibatalkan kerana pandemik Covid-19.

Kini, MTV VMA 2020 pada 30 Ogos ini akan diadakan di beberapa lokasi luar.

Jurucakap MTV VMA 2020 berkata, ia akan memberi penghormatan kepada kekuatan luar biasa New York dengan beberapa pertunjukan luar di sekitar bandar raya dengan penonton yang terhad atau tanpa penonton, mematuhi semua garis panduan negeri dan bandar.

"VMA akan menonjolkan wilayah ini dalam persembahan yang menarik dan akan kembali ke Barclays Centre tahun depan. MTV akan terus bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan, pegawai daerah dan negeri, komuniti perubatan, dan pihak berkepentingan untuk memastikan keselamatan semua yang terbabit," katanya.

Pada tahun ini, Ariana Grande dan Lady Gaga mendahului pencalonan dengan masing-masing meraih sembilan kategori. Ia diikuti Billie Eilish dan The Weeknd dengan enam pencalonan.

Keempat-empat mereka juga dicalonkan untuk kategori video terbaik tahun ini, iaitu kategori yang paling diidamkan dalam MTV VMA.

Sebagai tambahan, MTV VMA menambah dua kategori baharu, iaitu Video Muzik Terbaik Dari Rumah dan Persembahan Kuarantin Terbaik.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Ogos 2020 @ 8:43 AM