SCHA Ellinea mengalami jangkitan kuman pada mata kiri. FOTO IG Scha Ellinea
SCHA Ellinea mengalami jangkitan kuman pada mata kiri. FOTO IG Scha Ellinea
Sudirman Mohd Tahir

GARA-gara mengenakan kanta lekap dalam tempoh yang lama, mata kiri pelakon, Scha Ellinea mengalami jangkitan kuman sejak kelmarin.

Scha, 21, berkata, disebabkan itu dia terpaksa menangguhkan beberapa komitmen kerja seninya yang sudah diatur terlebih dahulu.

"Saya memang ada masalah rabun dan lebih selesa mengenakan kanta lekap berbanding memakai kaca mata.

"Namun, ketika mengikuti kelas lakonan baru-baru ini, mata kiri saya berdenyut-denyut dan rasa sakit. Apabila buka kanta lekap, air mata terus keluar.

"Jadi, saya pun buat pemeriksaan dan doktor memberitahu ada jangkitan pada bahagian mata kiri," katanya.

Scha yang juga pelakon Mr Grey berkata, dia disarankan untuk membuat pemeriksaan lanjut ke hospital jika sakit berterusan.

"Doktor menyarankan saya ke hospital untuk buat rawatan lanjut jika rasa sakit berterusan dalam tempoh tiga hari selepas rawatan.

"Alhamdulillah, sekarang sudah beransur okay dan saya sudah mula bekerja macam biasa," katanya.

Dalam masa sama, Scha mengakui kurang memberi perhatian terhadap soal penjagaan kanta lekap sebelum ini.

"Nasihat saya, kalau tidak ada hal yang penting tidak perlulah mengenakan kanta lekap kalau tidak boleh menjaganya dengan baik.

"Bimbang kerana hal itu mungkin boleh beri kemudaratan kepada si diri sendiri.

"Paling penting, pastikan anda mengenakan kanta lekap mengikut masa yang disarankan selain menjaga kebersihan tangan serta kanta lekap sebaiknya," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 September 2020 @ 4:37 PM