Alien Huang mati terjatuh di tandas rumah
Alien Huang mati terjatuh di tandas rumah
Agensi

 

Taipei: Penyanyi dan hos TV terkenal Taiwan, Alien Huang, 36, meninggal dunia dipercayai mengalami kemalangan selepas terjatuh di tandas rumahnya, di sini, hari ini.

Sewaktu kejadian, Huang dikatakan bersendirian di rumah. Mendiang ditemui bapanya sewaktu dicari untuk dibawa makan tengah hari sekitar jam 11 pagi.

Huang dilaporkan berada dalam keadaan terbaring di ruang laluan berdekatan bilik mandi. Terdapat kecederaan pada kepalanya serta kesan darah di lantai.

Dia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik bertugas. Polis tidak menemui sebarang objek atau kesan mencurigakan.

Huang dikenali sebagai hos program 100% Entertainment bersama Show Lo and Linda Chien. Dia memulakan karier seninya sejak 2006.

Penyanyi itu menjadi selebriti ketiga yang meninggal dunia pada usia 36 dalam tempoh tiga hari ini. Terdahulu, aktres Korea Selatan, Oh In-hye dan pelakon Jepun Ashina Sei dilaporkan mati pada kelmarin dan hari ini pada usia 36. 

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 September 2020 @ 5:28 PM