KENDALL JENNER
KENDALL JENNER
Agensi

KEHIDUPAN Kendall Jenner sering dilihat sempurna kerana bukan sahaja bergelar jutawan tetapi turut bersinar di pentas peragaan.

Namun, di sebalik kemewahan itu, personaliti televisyen berusia 24 tahun ini mengakui mengambil dadah jenis ganja.

Pengakuan itu dibuat Jenner dalam program Sibling Rivalry selain turut mendedahkan dirinya ketagih bahan terbabit.

Ketika diajukan soalan siapa di dalam anggota keluarga Kardashian yang menghisap ganja, kakak sulungnya, Kourtney Kardashian yang turut diundang dikatakan terus menunjuk Kendall dan dipersetujui bekas kekasih penyanyi Harry Styles itu.

"Saya ketagih ganja. Selama ini tidak ada yang tahu. Ini adalah kali pertama saya mendedahkannya di hadapan khalayak ramai," katanya.

Program Sibling Rivalry dihoskan oleh Kate Hudson dan Oliver Hudson.

Dalam pada itu, Kendall bukan satu-satunya anggota keluarga yang mengakui menghisap dadah sebelum ini.

Ini kerana dalam program realiti Keeping Up with The Kardashian, Kim Kardashian pernah memberitahu dirinya pernah menghisap dadah sebanyak dua kali.

Tamat

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 September 2020 @ 2:34 PM