MEGHAN Markle (kiri) dan Putera Harry.
MEGHAN Markle (kiri) dan Putera Harry.
Agensi

England: Pasangan diraja, Meghan Markle dan Putera Harry dikhabarkan bakal terbabit dalam program realiti terbitan Netflix.

Bagaimanapun, jurucakap pasangan Meghan dan Putera Harry menafikan dakwaan itu seperti yang sedang hangat diperkatakan.

Jurucakap pasangan itu berkata, keduanya tidak terbabit dalam mana-mana program realiti.

Sebelumnya, The Sun melaporkan khabar angin Harry dan Meghan terbabit dalam program realiti selepas diberikan kontrak RM467 juta daripada Netflix.

Kontrak itu bertujuan supaya Harry dan Meghan bekerja di balik layar. Namun, sumber mengatakan bahawa Meghan ingin memperlihatkan dirinya yang sebenarnya pada dunia.

"Itu lebih sesuai. Mereka ingin memberikan sekilas gambaran kehidupan mereka kepada orang lain," kata sumber itu.

Sementara, seorang penyunting dari Majesty Magazine, Ingrid Seward, diberitahu bahawa tujuan Harry dan Meghan tinggal di California adalah untuk mendapatkan privasi. Menurutnya, konsep program realiti sendiri bukan perkara yang mereka sukai.

"Semakin banyak mereka bercakap mengenai diri sendiri, semakin banyak orang yang ingin mereka melakukan itu, dan tidak akan tertarik pada hal lain yang mereka tawarkan," kata Seward.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 September 2020 @ 10:55 AM