DANIEL Craig. FOTO NSTP
DANIEL Craig. FOTO NSTP
Agensi

United Kingdom: Penerbit Barbara Broccoli meminta pihak media dan penggemar siri filem ikonik James Bond untuk berhenti membuat spekulasi berkenaan pemegang watak James Bond yang baru kerana ia akan didedahkan selepas filem No Time to Die dikeluarkan.

Broccoli berkata, perkara ini tidak akan diumum sebelum film No Time to Die ditayangkan pada April 2021. Ia adalah kali terakhir, aktor Daniel Craig memegang watak sebagai James Bond.

"Anda hanya menyukai seseorang pada waktu tertentu apabila filemnya dikeluarkan. Selepas itu, waktu akan berlalu.

"Kami harus melanjutkan perniagaan di masa depan. Namun untuk waktu ini, kami tidak mampu memikirkan siapa pun selain Daniel," katanya kepada Ace Showbiz.

Broccoli mengakui bahawa filem James Bond perlu dikaji dan disesuaikan dengan hero baru. Perkara inilah yang membuatkan filem itu menarik.

Selain itu, pemegang watak James Bond yang baru juga akan membuat karakter agen rahsia dengan kod 007 itu berkembang. 

Namun, sebelum itu, mereka harus mencari aktor yang tepat.

Broccoli juga menjelaskan bahawa James Bond tidak seharusnya sentiasa dilakonkan oleh pelakon kulit putih.

Sebelum ini, aktor Idris Elba disebut sebagai salah seorang calon pelakon James Bond.

Turut tersebar luas berkaitan calon pemegang watak ini ialah Tom Hardy dan Harry Styles. Namun, sehingga kini belum ada keterangan rasmi dari studio dan pihak aktor terbabit mengenai hal itu.

Sementara itu, Craig turut menyampaikan pesanan kepada pelakon yang akan menggantikan dirinya supaya mereka melakonkan  watak agen rahsia terkenal itu lebih baik. 

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 Oktober 2020 @ 12:39 PM