NICOLA bersama tunangnya, Brooklyn Beckham. FOTO IG nicola
NICOLA bersama tunangnya, Brooklyn Beckham. FOTO IG nicola
Agensi 

United Kingdom: Petunangan anak sulung pasangan ternama, David dan Victoria Beckham iaitu Brooklyn, 21, dengan wanita pilihan yang juga pelakon Amerika Syarikat (AS) dikenali Nicola Peltz, 25, sudah diumumkan pada 12 Julai lalu.

Namun, pasangan muda ini turut didakwa sudah berkahwin secara senyap tetapi dinafikan oleh Nicola di Instagram miliknya. Malah, Brooklyn pula dilihat sering mengajak Nicola untuk keluar bersama keluarganya. 

Bagaimanapun, demi membuktikan ketulusan cinta itu, Nicola membuat sebuah tatu berbentuk matanya di bahagian leher Brooklyn.

Perkara ini menarik perhatian ramai untuk membicarakannya, selain menjadi tajuk utama di kalangan media.

Terdahulu,  Brooklyn pernah menyifatkan dirinya lelaki paling bertuah apabila Nicola sedia mengahwininya. Dia juga berjanji untuk menjadi suami dan bapa yang terbaik.

Selain itu, Nicola juga berkongsi kegembiraan ketika dilamar Brooklyn dan mengaku sudah sedia menjadi suri hidup kekasihnya itu.

"Kamu jadikan saya wanita yang paling bertuah di dunia ini. Saya tak sabar mahu menghabiskan hidup bersama kamu di sisi," katanya.

Nicola mencipta nama sebagai pelakon di Hollywood dan dikenali menerusi filem  The Last Airbender dan Transformers: Age of Extinction.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 Oktober 2020 @ 1:50 PM