NEELOFA
NEELOFA
Najiy Jefri

 

Kuala Lumpur:  Pengacara popular Neelofa mengakui terkilan apabila seorang kanak-kanak sindrom down dikenali Puteri Bulan 'dibuli' di aplikasi TikTok.

Neelofa berkata, apa yang dilakukan anak syurga itu hanyalah menyebarkan positiviti dan berseronok. 

"Sedih apabila dia terpaksa berdepan dengan segala komen negatif, sedangkan apa yang dia buat hanyalah berkongsi positiviti dan keseronokan. Teruskan jadi diri sendiri Puteri Bulan," tulisnya di Twitter.

Neelofa turut berkongsi satu video daripada seorang pemilik akaun di Twitter yang mempertahankan gadis terbabit.

FOTO Twitter Neelofa
FOTO Twitter Neelofa

Perkongsian video berkenaan  menerima lebih 12,000 ulang kicau (Retweet) serta 22,000 tanda suka. 

Menerusi video itu, pemilik akaun dikenali @farahalien mengakui kesal apabila video TikTok yang dimuat naik Puteri Bulan dicemari dengan kata-kata kurang enak, dipercayai ditulis oleh kanak-kanak lain yang juga pengguna TikTok. 

Malah video terbabit turut memaparkan Puteri Bulan mengalirkan air mata apabila dibuli oleh individu yang tidak bertanggungjawab. 

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 Oktober 2020 @ 4:05 PM