The Avengers sokong Joe Biden.
The Avengers sokong Joe Biden.
Agensi 

Washington: Kumpulan 'adiwira' popular, The Avengers menyokong calon presiden dari Parti Demokrat, Joe Biden berbanding Donald Trump dalam pemilihan Presiden AS tahun ini.

Anggota Avengers seperti Chris Evans yang melakonkan watak Captain America dalam filem popular itu bersama bersama Don Cheadle (War Machine), Scarlett Johansson (Black Widow), Paul Rudd (Ant-Man), Mark Ruffalo (Hulk) dan Zoe Saldana (Gamora) memperlihatkan sokongan mereka dengan acara pengumpulan dana hari ini.

Ia akan disumbangkan kepada Biden sebagai modal untuk beliau mengadakan kempen kepada rakyat AS.

Sebelum ini, barisan pelakon filem itu menggunakan media sosial bagi mengajak rakyat AS memilih Biden pada pemilihan umum yang akan berlangsung 3 November depan.

Terdahulu, Biden pernah mengadakan kempen secara digital yang turut disertai pelakon popular kelahiran AS pada 14 Oktober lalu.

Ruffalo berkata, Biden adalah tokoh yang paling layak untuk memimpin AS.

Cheadle juga menyampaikan pesan kepada pengikutnya di media sosial untuk memilih Biden.

 

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Oktober 2020 @ 10:39 AM