Fad Bocey dan isteri dapat anak keempat.
Fad Bocey dan isteri dapat anak keempat.
Georgie Joseph


Kuala Lumpur: Pelawak Fad Bocey, 29, dikurniakan cahaya mata keempat selepas isterinya, Syaheera Rahman melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan, di sini, jam 4.41 pagi hari ini.

Fad berkata, anak keempatnya itu dinamakan Ibrahim Jibriel dan bersyukur proses bersalin isterinya lancar.

"Syukur alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, hari ini pukul 4.41 pagi, isteri saya selamat melahirkan anak lelaki.

"Selamat datang anak ibu dan ayah, Ibrahim Jibriel Mohamad Fadzlie. Terima kasih semua yang mendoakan kami. Terima kasih banyak untuk kesayangan saya Syaheera Rahman. Saya cinta awak sangat-sangat," katanya.

Terdahulu, Fad memuat naik foto isterinya bersama bayi mereka di atas katil. Pasangan itu berkahwin pada 14 Mac 2015 dan sudah dikurniakan tiga cahaya mata Favian Adrazin Hayyan, Favian Adrazin Zayyan dan Nur Aminah Mishall.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Oktober 2020 @ 5:14 PM