Kangin, Super Junior.
Kangin, Super Junior.
Agensi

Seoul :Penampilan terbaharu bekas anggota kumpulan Super Junior, Kim Young Woon atau lebih dikenali sebagai Kangin yang semakin cengkung menimbulkan tanda tanya peminat. 

Dalam satu hantaran gambar di Instagram, wajahnya kelihatan cengkung dan mengalami penurunan berat badan yang ketara.

Selain itu, kapsyen pada gambar berkenaan yang menunjuk isyarat memohon maaf itu didakwa seolah-olah sedang menyembunyikan sesuatu.

Menjawab soalan berkaitan kesihatannya itu, Kangin berkata, berat badannya kerap turun sejak kebelakangan ini.

"Berat badan saya semakin menurun, " katanya.

Rata-rata netizen mendoakan kesihatan penyanyi itu dan ingin melihat dia kekal aktif seperti dahulu.

Selain itu, ada juga peminat yang menasihatkan dia ke hospital untuk mendapatkan rawatan. 

Terdahulu, Kangin membuat keputusan untuk meninggalkan Super Junior pada Julai tahun lalu selepas terbabit dengan beberapa kontroversi.

Dia juga sentiasa rasa bersalah terhadap ahli kumpulan lain atas kontroversi yang dilakukannya.

 

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Oktober 2020 @ 11:52 AM