Daus Eli (kiri) menerusi MV.
Daus Eli (kiri) menerusi MV.
Sudirman Mohd Tahir

 

Kuala Lumpur: Penyanyi Daus Eli mengambil pendekatan berbeza dengan menjawab persoalan perceraian dengan bekas isteri, Syaza Shamimi Jalaludin Khan, pada Februari tahun lalu menerusi video muzik (MV) lagu Takdir Kita yang dilancarkan semalam.

 

Daus yang juga bekas peserta program Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) berkata, MV itu memaparkan kisah sebenar dirinya selain mahu mendekatkan diri dengan masyarakat.

 

"Walaupun ia kisah benar kehidupan saya, tapi tidak sepenuhnya dipaparkan. Saya masih mahu menjaga sensitiviti pihak lain. Tidak mahu timbul sebarang isu pula. Cuma, menerusi jalan cerita MV ini, ia adalah salah satu cara saya mahu mendekati masyarakat.

 

"Apa yang pasti, segala persoalan terjawab dalam MV ini. Saya mahu beritahu kepada masyarakat dan netizen, saya bukan suka-suka nak bercerai. Kalau nak tahu sebab apa, kena tonton MV ini.

 

"Sejujurnya, idea MV ini daripada saya sendiri. Tapi, saya bersama pasukan daripada pihak pengurusan Nova Music berbincang untuk menambah baik apa yang perlu supaya MV ini lebih menarik," katanya.

 

Terdahulu, kisah perkahwinan dan perceraian Daus itu diabadikan menerusi lagu ciptaan sepenuhnya oleh Daus berjudul Takdir Kita yang dilancarkan pada 28 Ogos lalu.

 

 

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 Oktober 2020 @ 9:28 AM