FADZIL. FOTO Arkib NSTP
FADZIL. FOTO Arkib NSTP
Syafil Syazwan Jefri

Kuala Lumpur: Telefilem kontroversi, Demi Tuhan Aku Bersaksi akhirnya bakal ditayangkan pada 31 Oktober ini di saluran TV1.

Telefilem itu memaparkan kehidupan golongan Lesbian Gay Bisexual dan Transgender (LGBT) di pusat tahfiz.

Penerbit Prokuya Studios Sdn Bhd, Fadzil Zahari berkata, kandungan jalan cerita telefilem itu tidak banyak dipotong dan masih mengekalkan struktur jalan cerita sama. 

"Sebenarnya, kandungan jalan cerita Demi Tuhan Aku Bersaksi mendapat kelulusan pihak RTM sendiri dan proses penapisan sudah dilakukan sebelum kontroversi itu timbul lagi. 

"Namun, apabila kontroversi timbul dan ramai yang mengecam, pihak RTM menjadi lebih berhati-hati dan berkali-kali melihat semula jalan cerita dan kandungannya. 

"Secara keseluruhan, hanya 10 hingga 15 peratus saja babak yang dipotong dan tidak mengganggu jalan cerita asal," katanya kepada Harian Metro. 

Ditanya mengenai jalan cerita dalam telefilen arahan Eyra Rahman itu, Fadzil berkata ia umpama refleksi kepada apa yang berlaku dalam masyarakat. 

ANGGOTA bomba bertungkus lumus memadamkan api sebuah rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Tanjung Stan. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
ANGGOTA bomba bertungkus lumus memadamkan api sebuah rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Tanjung Stan. FOTO Nik Abdullah Nik Omar


"Kontroversi telefilem ini timbul apabila satu gambar tular dan netizen membuat pelbagai andaian serta kecaman tanpa usul periksa. 

"Kebetulan, jalan cerita dalam telefilem ini juga berkisar mengenai sikap sesetengah masyarakat yang suka menghakimi. Bukan kita nak tekankan mengenai LGBT dalam tahfiz atau apa," katanya. 

Sebagai penerbit, Fadzil juga bersyukur kerana material bersifat dakwah itu kini boleh menjadi salah satu wadah penyampaian. 

"Alhamdulillah, apabila karya kita ditayangkan, itu adalah umpama penghargaan untuk kerja keras kita dalam menghasilkan karya itu. 

"Secara tak langsung, ini juga antara cara dakwah disampaikan kerana banyak mesej positif yang terkandung dalam telefilem ini," katanya. 

Terdahulu, telefilem itu mencetuskan kontoversi dan kritikan dalam kalangan masyarakat termasuk golongan agama yang menyifatkan naskhah itu sengaja menjatuhkan imej sekolah tahfiz.

Demi Tuhan Aku Bersaksi dibintangi barisan pelakon hebat antaranya Syafie Naswip, Fezrul Khan, Ismail Yaakob, Taiyuddin Bakar dan ramai lagi.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Oktober 2020 @ 7:00 PM