CEMPEDAK goreng yang dibeli Sazrin Aizul mengandungi ulat bulu. FOTO Facebook Sazrin Aizul
CEMPEDAK goreng yang dibeli Sazrin Aizul mengandungi ulat bulu. FOTO Facebook Sazrin Aizul
Sudirman Mohd Tahir

Kuala Lumpur: Geli dan jijik! Itu gambaran tepat bagi insiden yang berlaku terhadap pelakon dan penyanyi, Sazrin Aizul apabila cempedak goreng yang dibeli di sekitar Taman Melawati pada petang, hari ini, mengandungi ulat bulu.

Sazrin berkata, dia menyedari kewujudan ulat itu selepas membuka cempedak untuk membuang biji.

"Saya beli RM10 untuk tujuh ulas. Selepas makan empat ulas, saya tergerak hati nak buka dulu sebab keluarkan biji.

"Terkejut tengok ada seekor dalam tu. Elok lagi keadaan ulat tu sebab tak hangus pun. Memang ngeri. Saya terus buang semua baki yang masih ada," katanya.

Sazrin berkata, dia tidak mahu menyalahkan peniaga itu kerana beranggapan ia di luar pengetahuan. 

"Peniaga tu pun tak tahu apa-apa. Tak boleh salahkan dia. Kalau dia tahu ada ulat, mungkin dia pun takkan jual.

"Ini pengalaman pertama saya. Apa pun, saya nak pesan hati-hati kalau nak makan sesuatu. Kalau boleh jangan main makan terus. Cuba tengok dulu," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Oktober 2020 @ 8:32 PM