CARDI B bersama suaminya, Offset.
CARDI B bersama suaminya, Offset.
Agensi

Los Angeles: Penyanyi rap, Cardi B, 28, mengamuk terhadap polis yang cuba menahan suaminya, Offset, 28, yang didakwa mengacukan pistol ke arah penyokong Donald Trump, hari ini.

Penyanyi WAP itu dilaporkan menjerit seperti orang histeria kepada polis terbabit mendesak mereka membebaskan suaminya.

"Itu suami saya! Kenapa awak mengacukan pistol kepadanya? Ini tidak masuk akal! Suami saya tidak bersenjata," jeritnya.

Ketika kejadian, Offset dilihat sedang disoal siasat beberapa anggota polis dari luar keretanya. Pada mulanya, dia menolak untuk keluar daripada kenderaannya.

Offset kemudian dibebaskan tanpa sebarang hukuman manakala sepupunya, Marcelo Almanzar, 20, ditahan atas kesalahan memiliki pistol.

Bagaimanapun, Almanzar dibebaskan beberapa jam kemudian dengan ikat jamin sebanyak RM146,000.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Oktober 2020 @ 12:12 PM