HAQIEM Rusli (kanan) bersama kereta baharunya.
HAQIEM Rusli (kanan) bersama kereta baharunya.
Sudirman Mohd Tahir


Kuala Lumpur: "Ini 'reward' untuk diri sendiri," kongsi penyanyi popular, Haqiem Rusli yang baru membeli kereta mewah jenis Mercedes-Benz GLC 200 yang dianggarkan bernilai RM290,000.

Haqiem berkata, itu adalah kereta idaman dan berbaloi dimiliki selepas bekerja keras selama ini.

"Alhamdulillah, atas rezeki Allah SWT. Saya ada banyak juga buat 'survey' termasuk kereta BMW dan Range Rover, tapi ini menjadi pilihan saya. Ayah pun suka. Memandangkan saya belum ada lesen memandu, jadi kereta ini dipandu ayah. Kalau ada kerja, saya minta tolong pengurus yang bawa," katanya kepada Harian Metro.

Haqiem yang muncul dengan single Adlina Marie berkata, perkongsian di Twitter itu untuk memberi inspirasi dan motivasi kepada semua anak muda.

"Sebelum buat hantaran di Twitter, saya terfikir juga nanti orang kata nak menunjuk, tapi niat saya adalah untuk memberikan inspirasi kepada semua. Kebahagiaan dan kegembiraan yang dimiliki tak salah untuk dikongsi semoga ia menjadi pembakar semangat untuk semua," katanya.

Haqiem turut memilih tahun kelahirannya iaitu 1998 sebagai nombor plat kenderaan.

Perkongsian Haqiem itu mendapat lebih 500 ulang ciap dan lebih 3,000 tanda suka.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Oktober 2020 @ 4:35 PM