SCARLETT Johansson
SCARLETT Johansson
Agensi

New York: Bintang Hollywood, Scarlett Johansson kini bergelar isteri kepada pasangannya yang juga pelakon dan pelawak, Colin Jost selepas setahun bertunang.

Berita itu dikongsikan di akaun Instagram Meals on Wheels America, yang menjadi organisasi amal untuk membantu warga emas, semalam. 

"Kani teruja untuk berkongsi berita gembira bahawa Scarlett Johansson dan Colin Jost kini berkahwin hujung minggu lalu dalam satu majlis tertutup khas untuk keluarga dan kenalan memandangkan perlu mengikut prosedur keselamatan kerana Covid-19," tulis akaun Instagram itu.

Menurut organisasi itu lagi, pasangan selebriti itu juga mahu berita gembira ini menjadi penggalak kepada masyarakat untuk menyumbang kepada organisai amal itu.

"Impian perkahwinan mereka adalah untuk membantu mengubah hidup warga emas yang memerlukan ketika dalam tempoh sukar ini," katanya.

Dalam hantaran sama turut dikongsikan ialah gambar feri persiaran Pulau Staten yang ditulis 'Just Married' di bahagian atas.

Johansson pernah berkahwin dengan pelakon Ryan Reynolds pada 2008 sebelum berpisah pada 2011.

Dia kemudian berkahwin dengan Romain Dauriac pada 2014, namun berpisah pada 2017. Menerusi perkahwinan kedua itu, dia dikurniakan cahaya mata, Rose yang kini berusia enam tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 Oktober 2020 @ 9:31 AM