GWEN dan Blake bertemu dalam rancangan The Voice pada 2014. FOTO AGENSI
GWEN dan Blake bertemu dalam rancangan The Voice pada 2014. FOTO AGENSI
Agensi

Pemuzik Blake Shelton dikatakan menghadiahkan cincin berlian bernilai lebih RM2 juta kepada kekasihnya, Gwen Stefani sebagai cincin pertunangan.

Pakar yang juga pereka permata serta barang kemas terkenal, George Khalife berkata, berdasarkan pemerhatiannya cincin untuk Gwen itu adalah yang terbaik.

"Susah sebenarnya untuk saya menilai hanya berdasarkan gambar, tapi ia adalah permata yang dipotong sekeliling. Ia boleh mencecah nilai antara AS400,000 (RM1.6 juta) hingga AS600,000 (RM2.4 juta)," katanya yang pernah mereka cincin untuk nama-nama besar antaranya pasangan Zayn Malik dan Gigi Hadid, KarJenner dan Sofia Richie

George juga memberitahu secara terperinci nengenai nilai saiz berlian itu di samping warnanya.

"Dari apa yang saya lihat, saiznya sangat besar dan sekurang-kurangnya tujuh hingga lapan karat. Dari segi warna, ia adalah warna dalam kategori D atau E yang mana paling tinggi dan paling putih," katanya.

Cincin pertunangan itu mula didedahkan di Instagram Gwen yang juga bekas penyanyi No Doubt itu kelmarin dan mula mencuri perhatian ramai peminat mereka.

Gwen mula menjalin hubungan cinta dengan Blake sejak 2015 selepas bertemu pertama kali ketika menjadi juri tetap program The Voice pada 2014.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 Oktober 2020 @ 3:40 PM