MEGAN Fox fail cerai terhadap suaminya, Brian Austin Green.
MEGAN Fox fail cerai terhadap suaminya, Brian Austin Green.
Agensi

BINTANG Hollywood, Megan Fox memfailkan penceraian terhadap suaminya, Brian Austin Green selepas enam bulan tidak tinggal sebumbung.

Pelakon berusia 34 tahun itu mengambil keputusan untuk menamatkan perkahwinan mereka yang kini memasuki usia 10 tahun.

Mei lalu, Green dalam salah satu episod podcast With Brian Austin Green berkongsi mengenai kemelut yang berlaku dalam rumah tangganya dan pada masa sama tidak mahu kehilangan Fox.

"Ia adalah sesuatu yang teruk apabila melihat kehidupan kita berubah. Tidak ada aspek yang jelas, tapi saya rasa tak selesa. Saya tak mahu saya dan Fox menjadi janggal. Dia adalah kawan baik saya selama 15 tahun dan saya tak mahu kehilangannya," katanya.

Bulan lalu, Fox meninggalkan komen 'pedas' di Instagram Green selepas bekas suaminya memuat naik gambar bersama anak-anaknya sempena sambutan Halloween.

"Saya tahu awak sayangkan anak-anak, tapi saya tak faham kenapa awak tak boleh berhenti mempergunakan mereka di Instagram. Awak seperti sengaja nak tunjukkan bahawa saya bukanlah ibu yang bertanggungjawab, manakala awak nak tunjukkan bahawa awak adalah bapa yang terbaik," tulisnya.

Pasangan itu berkahwin pada Jun 2010 di Hawaii selepas enam tahun bercinta. Mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Noah, 8, Bodhi, 6, dan Journey, 4.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 November 2020 @ 11:15 AM