UMMI NAZEERA
UMMI NAZEERA
Sudirman Mohd Tahir


Kuala Lumpur: Bapa pelakon Ummi Nazeera iaitu Zainul Abadin Mat Akhir, 60, meninggal dunia di Pusat Perubatan Ampang Puteri, di sini, jam 12 malam tadi.

Ummi berkata, bapanya yang menghidap penyakit kronik terlebih dahulu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu, semalam.

"Malam semalam saya melawat papa di hospital. Kemudian saya balik dan sampai di rumah, abang saya telefon cakap papa sedang diberi bantuan pernafasan.

"Selepas beberapa minit, papa disahkan meninggal dunia jam 12 malam tadi," katanya kepada Harian Metro.

Ummi berkata, jenazah bapanya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah KL-Karak, di sini, pagi hari ini.

Ummi berkongsi berita duka itu menerusi hantaran di Instagram, petang hari ini.

"Innalillah wainna ilaihirojiun. Untuk pengetahuan semua, ayah kandung saya Zainul Abadin Mat Akhir baru saja kembali ke rahmatullah tengah malam semalam dan sudah selamat dikebumikan pagi tadi.

"May Allah forgive him, have mercy on him. Give him strength and pardon him. Be generous to him and cause his entrance to be wide and wash him with water and snow and hail. Cleanse him of his transgressions as white cloth is cleansed of stains. May Allah enter him into paradise and protect him from the punishment of the grave and punishment of the Hell fire.

"Semoga amalan papa diterima Allah SWT. See you papa. Your daughter Ira (His nickname for me)," tulisnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 November 2020 @ 8:57 PM