AIN dan suami ucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan. FOTO IG Ain Edruce
AIN dan suami ucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan. FOTO IG Ain Edruce
Norhayati Nordin


Kuala Lumpur: Pengacara dan pelakon, Ain Edruce, 29, berkongsi berita kehamilannya dalam video yang dimuat naiknya di saluran YouTube miliknya sekitar beberapa jam lalu.

Ain yang hamil empat bulan menyifatkan sekarang masa sesuai untuk dia membuat pengumuman itu dan berkongsi berita berkenaan kepada semua 'subcriber' di salurannya yang dianggap seperti keluarga.

"Ya, saya kini hamil. Alhamdulillah, rezeki buat saya dan suami. Apatah lagi, sebelum ini pun ramai yang tanya saya mengandung ke selepas dikata dah nampak 'baby bump' di perut.

"Malah, ada yang kata saya nampak semakin berisi. Memang ya pun, sejak mengandung berat saya daripada 52 kilogram (kg) sekarang naik menjadi 55 kg," katanya.

Menurut Ain, biarpun ketika ini negara masih dilanda penularan pandemik Covid-19, namun dia bersyukur rezekinya dan keluarga semakin bertambah, termasuk bakal memiliki cahaya mata.

"Saya bersyukur dengan rezeki daripada Allah buat kami suami isteri. Malah, mengikut pemeriksaan doktor yang dibuat bayi pun aktif. Alhamdulillah, harap semuanya lancar.

"Terima kasih kepada semua yang mendoakan yang baik-baik buat saya selama ini. Syukur, suami saya Amirul Hafiz sangat gembira kerana kami akan meimang cahaya mata tidak lama lagi," katanya.

Terdahulu, sekitar September lalu timbul.desas-desus mendakwakan Ain sudah hamil. Bagaimanapun, pengacara program Immortal Songs di TV3 itu enggan mengesahkan sama ada dia hamil atau tidak.

Ain yang juga popular dengan sitkom Jenaka Kampung Kalut (JKK) di TV3 berkahwin dengan Amirul Hafiz pada 13 Disember tahun lalu selepas enam bulan mereka bertunang.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 November 2020 @ 3:29 PM