BCL melancarkan album yang didesikasi buat Allahyarham suaminya, Ashraf Sinclair. FOTO IG BCL
BCL melancarkan album yang didesikasi buat Allahyarham suaminya, Ashraf Sinclair. FOTO IG BCL
Agensi

Jakarta: Penyanyi dan pelakon Bunga Citra Lestari (BCL) kini sedia kembali ke gelanggang seni apabila melancarkan album mini berjudul iLve at BCL's Attic secara digital.

Kenyataan media yang dikeluarkan kepada CNNIndonesia.com menyebut BCL kini perlahan-lahan kembali ke dunia hiburan yang membesarkan namanya dengan melancarkan album mini Live at BCL's Attic mengandungi tiga lagu yang pernah dikeluarkan pada masa  berbeza iaitu Cinta Pertama (Sunny), Pernah Muda, dan Karena Kucinta Kau.

Cinta Pertama (Sunny) terdapat dalam album pertama BCL bertajuk Cinta Pertama yang dikeluarkan pada 2006. Lagu ini juga adalah salah satu lagu tema film Dealova pada 2005 dibintangi Jessica Iskandar.

Lagu Pernah Muda adalah single yang dikeluarkan pada 2009 dan seterusnya menjadi salah satu material album ketiga BCL bertajuk The Best of BCL yang dikeluarkan pada 2013.

Sementara itu, lagu Karena Kucinta Kau adalah lagu tema drama Bayu Cinta Luna yang dibintangi BCL pada 2009 dan 2010. Ia adalah material lagu dalam album keempat BCL bertajuk Hit Singles and More  pada 2015. 

Jika dibandingkan dengan versi original, tiga lagu dalam Live at BCL's Attic terasa cukup berbeza dan paling ketara pada komposisi dan instrumen digunakan.

"Lagu-lagu ini rasa agak berbeza kerana proses rakamannya dibuat di rumah BCL ketika dunia mengalami isu pandemik Covid-19," kata label Aquarius Musikindo.

Terdahulu pada Julai lalu BCL melancarkan album berjudul 12 Tahun Terindah yang didedikasi buat Allahyarham suaminya, Ashraf Sinclair.

Dia menulis sendiri lirik lagu itu dengan bantuan muzik yang dicipta oleh Ifa Fachir, manakala video muzik pula diarahkan adik iparnya, Adam Sinclair dengan berlatarkan kediaman BCL serta aktiviti bersama anak lelaki tunggal mereka, Noah.

Lagu 12 Tahun Terindah juga adalah kesinambungan lagu Memilih Dia yang dilancarkan setahun sebelum itu dan BCL juga sudah menghasilkan lima album sepanjang kariernya dari 2006 hingga 2017.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 Disember 2020 @ 9:07 AM