MATTHEW Perry dan tunang, Molly
MATTHEW Perry dan tunang, Molly
Agensi

Los Angeles: Pelakon sitkom popular era 1990-an Friends, iaitu Matthew Perry, 51, memberitahu People baru-baru ini yang dia sudah bertunang dengan kekasihnya dikenali Molly Hurwitz, 29.

Matthew yang juga pelakon filem The Whole Nine Yards berkata, dia beruntung kerana bercinta dengan wanita terbaik di muka bumi saat ini.

Pasangan ini memiliki jarak umur yang  jauh iaitu 22 tahun. 

Molly sebelum ini mula meluahkan perasaan gembiranya menerusi instagram (IG) pada Hari Valentine lalu.

"Tahun kedua menyambut Valentine, tapi yang pertama ketika menjadi Instagram influencer," tulisnya.

Kebetulan, ketika itu Matthew memang baru membuka akaun Instagram. 

"HVD (Happy Valentine Day) untuk 'favouriteku," tulisnya.

Matthew dan Molly mula berkenalan sejak 2018. Namun, kedua-duanya dilihat pertama kali keluar  bersama pada Disember tahun lalu, ke sebuah restoran di Barat Hollywood. 

Mereka juga kelihatan berhibur bersama. Bagaimanapun, pasangan ini pernah dikatakan putus cinta pada Mei lalu, tetapi bersama semula.

Matthew sebelum ini pernah bercinta dengan pelakon Lizzy Caplan selama enam tahun, namun hubungan itu putus cinta pada 2012.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 Disember 2020 @ 11:30 AM