AWEERA
AWEERA
Syafil Syazwan Jefri


Kuala Lumpur: "Saya masih ada dan saya maafkan anda".

Demikian jawapan penyanyi, Aweera ketika diminta mengulas mengenai tindakan segelintir netizen yang menganggap dan seperti mendoakannya supaya meninggal dunia. 

Aweera ketika dihubungi berkata, dia terkilan dengan sikap sesetengah netizen yang menganggap perkara berkaitan kematian umpama perkara main-main. 

"Apabila orang sedekahkan bacaan surah al-Fatihah, itu adalah benda yang baik. Tapi, apabila disebut supaya roh tenang dan sebagainya, itu tidak kena kerana perkara berkaitan ajal, maut bukan benda main-main. 

"Bukan saya saja yang berdepan perkara ini, tapi ramai juga artis sebelum ini yang pernah dikhabarkan dengan khabar angin begitu. Kepada mereka yang menganggap saya mati, saya doakan agar andadiberi hidayah. Saya pun dah maafkan mereka," katanya. 

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 Disember 2020 @ 4:27 PM