BLACKSTOCK meminta RM1.8 juta daripada Kelly. FOTO AGENSI
BLACKSTOCK meminta RM1.8 juta daripada Kelly. FOTO AGENSI
Agensi

Los Angeles: Suami kepada penyanyi Kelly Clarkson iaitu Brandon Blackstock dilaporkan meminta RM1.8 juta setiap bulan daripada penyanyi itu selepas mereka bercerai, Julai lalu.

Permintaan yang dibuat Blackstock itu dikatakan untuk membiayai kos masa depan anak-anaknya.

Sebelum ini, Clarkson mengesahkan dia sudah bercerai dengan bekas suaminya itu pada Julai lalu.

Sementara itu, Mahkamah Los Angeles menerima permintaan Clarkson dengan menetapkan dirinya sebagai pengasuh utama untuk kedua-dua anaknya River, 6, dan Remington, 4.

Pasangan itu mencapai persetujuan bersama untuk hak penjagaan dan anak-anak mereka akan tinggal bersama Clarkson di Los Angeles.

Walaupun tiada maklumat lengkap berhubung perjanjian bayaran bulanan yang diminta Blackstock, namun difahamkan bekas suaminya menuntut sejumlah wang daripada Clarkson. 

"Permintaan Blackstock dilaporkan tidak masul akal apabila meminta RM1.8 juta setiap bulan untuk membiayai kos anak dan pasangan serta peguamnya," kata sumber terdekat Clarkson. 

Bukan hanya itu, Blackstock juga dimaklumkan menuntut sejumlah wang daripada Clarkson atas alasan tertentu termasuk bayaran untuk tujuh peguam yang mewakili dirinya.

Difahamkan Clarkson belum memberikan sebarang maklum balas atau komen berhubung permintaan bekas suaminya itu.

Masalah perceraian mereka bukan hanya soal tuntutan harta dan hak penjagaan anak, tetapi penyanyi itu juga berhadapan dengan masalah bayaran terhadap perniagaan milik keluarga mentuanya.

Clarkson dan Blackstock bercerai pada Julai lalu selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 Disember 2020 @ 12:20 PM