KIM Kardashian dan Kanye West sudah bercerai selepas tujuh tahun berkahwin.
KIM Kardashian dan Kanye West sudah bercerai selepas tujuh tahun berkahwin.
Agensi

Los Angeles: Bintang realiti Kim Kardashian, 40, dan penyanyi rap Kanye West, 43, dilaporkan bercerai selepas tujuh tahun berkahwin.

Bagaimanapun, kedua-dua pihak masih mengunci mulut mengenai perpisahan itu kerana masih dalam proses menguruskan perceraian.

Menurut sumber, Kardashian dan West seboleh-bolehnya tidak mahu berita berkenaan diperbesar-besarkan.

"Mereka tidak mahu menghebohkannya namun hubungan memang sudah berakhir," katanya.

Menurut laporan E! News, Kardashian belum memfailkan cerai secara rasmi kerana mahu memastikan dia mengambil keputusan yang tepat untuk anak-anak mereka.

Kardashian dan West mendirikan rumah tangga pada Mei 2014. Mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu North, 7; Saint, 5; Chicago, 2; dan Psalm, 1.

Mereka dikatakan sudah tidak tinggal sebumbung selama beberapa bulan lalu dan rumah tangga mula bermasalah besar sejak pertengahan tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 January 2021 @ 4:00 PM