X
AWIE. FOTO Arkib NSTP
AWIE. FOTO Arkib NSTP
Ridzuan Abdul Rahman

Kuala Lumpur: Penyanyi, pelakon dan penerbit, Datuk Awie mengakui lega apabila filem terbitannya 10 Tips Tipu Bini yang ditayangkan menerusi Astro First mendapat sambutan positif penonton.

Awie, 52, berkata, dia gembira filem yang mula ditayangkan sejak 7 Januari lalu itu berada pada kedudukan teratas senarai filem Astro First setakat ini.

"Alhamdulillah, filem ini berada di kedudukan pertama dalam senarai filem Top 5 di Astro First.

"Harapannya mestilah saya mahu filem ini meletup dan bagi satu hasil yang baik.

"Dalam masa sama saya masih berusaha untuk menjadikan ia filem box office Astro. InsyaAllah," katanya kepada Harian Metro.

Awie yang dikenali menerusi filem Sembilu menerbitkan filem sulung ini menerusi syarikatnya, Rumah Produksi Merah.

Filem genre komedi hasil skrip tulisan Armada AI Haq arahan Azizi 'Chunk' Adnan ini menampilkan pelakon Khir Rahman, Ropie, Joey Daud, Elizabeth Tan, Jehan Miskin, Vicha, Nasir Bilal Khan dan Awie sendiri.

Setakat ini rekod box office dipegang oleh filem Mael Totey The Movie  dengan kutipan paling tinggi RM6.4 juta di Astro First sekali gus memecahkan rekod yang sebelum ini dipegang filem Syif Malam Raya. 

 

#kw Awie, 10 Tips Tipu Bini

#loc Kuala Lumpur

 

End

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 January 2021 @ 4:55 PM