KUMPULAN KPOP BTS
KUMPULAN KPOP BTS
Agensi

Seoul: Kumpulan BTS mencatat sejarah apabila muzik video lagu mereka, Boy With Love bersama Halsey mendapat lebih 1.1 bilion tontonan di YouTube.

Agensinya, Big Hit Entertainment memaklumkan muzik video yang dilancarkan pada April 2019 itu mencapai angka terbabit pada jam 1.17 tengah hari, hari ini.

Lagu Boy With Luv adalah pertaruhan pertama daripada album Map of the Soul: Persona yang dilancarkan tahun lalu.

Bekerjasama dengan penyanyi Amerika Syarikat, Halsey, lagu itu menduduki tangga kelapan carta lagu utama Billboard dan berjaya kekal selama lapan minggu berturut-turut dalam carta terbabit.

Muzik video paling tinggi tontonan daripada kumpulan dianggotai tujuh orang itu adalah menerusi lagu DNA yang dilancarkan pada September 2017. 

BTS memiliki 28 muzik video yang mendapat jumlah tontonan lebih 100 juta di YouTube setakat ini.

Berdasarkan data berasingan untuk penstriman di Spotify, BTS dilaporkan menjadi artis Korea Selatan paling tinggi didengari sepanjang tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 January 2021 @ 4:38 PM