AKO Mustapha. FOTO Arkib NSTP
AKO Mustapha. FOTO Arkib NSTP
Georgie Joseph

Kuala Lumpur: Ibu mentua pelakon Ako Mustapha, 48, meninggal dunia akibat Covid-19 di Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini, semalam.

Ako atau nama sebenarnya Muhaizad Ahmad Mustapha berkongsi berita kematian Hajah Santanina itu di Facebook.

"Assalamualaikum semua. Dukacitanya dimaklumkan bahawa mak mentua saya, Hajah Santanina kembali ke rahmatullah di HKL disebabkan virus Covid-19," katanya.


Terdahulu, Ako pernah berkongsi mengenai keadaan kesihatan ibu mentuanya yang berada dalam keadaan kurang baik hingga dimasukkan ke hospital pada April, tahun lalu.

Ako berkahwin dengan anak Allahyarham, Kartina Shuaib pada 17 Januari 2009 dan dikurniakan empat anak.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 January 2021 @ 11:19 AM