HADY MIRZA
HADY MIRZA
Georgie Joseph


Kuala Lumpur: Penyanyi kelahiran Singpura, Hady Mirza, 41, memaklumkan akaun Instagram (IG) rasminya menjadi mangsa godam individu tidak bertanggungjawab sejak semalam.

Hady atau nama sebenarnya Muhammad Mirzahady Amir, berkata dia dimaklumkan rakan terdekat mengenai kejadian itu yang menerima mesej peribadi (DM) mencurigakan daripada akaunnya.

"Ya, semalam sekitar tengah malam, IG saya digodam. Dapat tahu daripada kawan-kawan memberitahu dapat DM saya mengenai akaun mereka melanggar garis panduan komuniti.

"Apabila saya cuba akses, akaun itu sudah log keluar. Tak boleh log masuk balik. Cuba 'reset' semua benda pun masih juga tidak berhasil.

"Saya sudah buat laporan kepada pihak IG dan kini menunggu maklum balas daripada pasukan sokongan mereka. Semoga saya dapatlah semula akaun itu," katanya.

Akaun yang memiliki lebih 60,600 pengikut itu juga sudah ditukar kepada tetapan privasi. Manakala foto serta nama akaun turut ditukar kepada 'Help Service'.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 January 2021 @ 12:01 PM