Skip this ad x
TAWAR aktiviti menarik. FOTO Hasriyasyah Sabudin
Aniza Zainudin

TAMAN Tema Wild West Cowboy, adalah satu daripada tarikan pelancongan yang terdapat di pekan kecil di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Terletak di Dataran Segar, taman tema dalam bangunan ini menawarkan permainan menarik menepati pelbagai peringkat usia terutama bagi kanak-kanak.

Antara tarikannya termasuk 5D Motion Adventures, taman tema, Dinosaur Escape Room dan Awake Thrill.

Mengikut lawatan media ke Negeri Sembilan bersama Tourism Malaysia baru-baru ini, penulis berpeluang mencuba Dinosaur Escape Room dan Awake Thrill terletak di tingkat tiga bangunan rumah kedai berkenaan.


SESUAI duntuk semua golongan. FOTO Hasriyasyah Sabudin

Dinosaur Escape Room memberi cabaran kepada pengunjung untuk menyelesaikan misi untuk mencari telur dinosaur.

Membawa peserta kembali ke era kegemilangan dinosaur ribuan tahun dahulu, bilik ini menyajikan hiasan sempurna termasuk gunung berapi, ketulan batuan besar untuk mencari telur dinosaur menggunakan kata kunci diberi.

Sebaik menemui telur pertama, pengunjung akan memasuki ruang kedua yang menyerupai makmal penyelidikan terbiar. Elemen kejutan turut diselitkan apabila munculnya zombi yang keluar dari almari buruk di hujung bilik.

Bagi penulis, tarikan ini jauh lebih mudah dan ia sesuai untuk anak remaja yang inginkan kelainan di taman tema ini.


WILD West Cowboy berbaloi dikunjungi. FOTO Hasriyasyah Sabudin

Berbeza pula situasi di ruang Awake Thrill, apabila kami diberikan satu walkie talkie bagi memudahkan komunikasi dengan staf di sana sekiranya gagal keluar dari satu-satu bilik.

Bagi menambahkan elemen mengeju tkan, kami dilarang untuk menghidupkan lampu telefon bimbit.

Di sini, ia terbahagi kepada beberapa bilik dengan tema tertentu seperti ‘Save The Princess’ berlatarbelakangkan Snow White, ‘Defense of Galaxy’ seakan-akan Star Wars, diikuti Rumah Hantu yang dihiasi dengan keranda, era Firaun di Mesir diakhiri dengan Bilik Cermin untuk mencari jalan keluar.

Berdasarkan pengalaman penulis, Rumah Hantu memberi cabaran apabila terperangkap di sana dalam tempoh yang panjang bagi menyelesaikan misi.


FOTO Hasriyasyah Sabudin

Diikuti dengan Bilik Cermin gara-gara keliru dengan imej biasan cermin untuk mencari jalan keluar. Di sini juga, terdapat kafe bagi kemudahan pengunjung.

Secara keseluruhannya, tarikan ini berbaloi untuk dikunjungi sekiranya anda bercuti di Port Dickson yang terletak kira-kira 10 minit perjalanan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Jun 2019 @ 10:04 AM