KEINDAHAN alam semula jadi di Bukit Batu Pahat Kuala Kubu Bharu.
KEINDAHAN alam semula jadi di Bukit Batu Pahat Kuala Kubu Bharu.
Hanifah Nazira

Mohamed

KEBELAKANGAN iini, semakin ramai wanita bergiat aktif dalam aktiviti riadah pendakian. Wanita berusia 42 tahun ini antara yang tidak terkecuali.

Heniyati Khairi adalah ibu kepada tiga cahaya mata ini mula membabitkan diri dalam pendakian pada tahun 2019.

Di kelilingi rakan yang kebanyakannya 'kaki hiking' mendorongnya untuk mencuba aktiviti itu.

Sebagai permulaan dia bersendirian mendaki di kawasan bukit berhampiran dengan rumahnya di Ulu Yam Baru, Selangor.

Kemudian terdetik di hatinya untuk mencabar kemampuan diri dengan mendaki bukit atau gunung yang lebih tinggi.

Justeru, dia menyertai aktiviti pendakian yang dianjurkan Rawang Hikers Mountain Club.

"Bagi saya, ini adalah peluang keemasan untuk saya mendaki di gunung ganang mahupun bukit bukau yang terdapat di sekitar Semenanjung Malaysia.

SUASANA waktu pagi
SUASANA waktu pagi

KABUS di puncak Gunung Datuk, Rembau, Negeri Sembilan.
KABUS di puncak Gunung Datuk, Rembau, Negeri Sembilan.

"Namun begitu saya menyimpan hasrat untuk menawan G7 yang dikatakan mempunyai senarai tujuh gunung di Semenanjung Malaysia berketinggian melebihi 7,000 meter," katanya.

G7 merujuk kepada Gunung Korbu (Perak), Gunung Tahan (Pahang), Gunung Yong Yap

(Perak), Gunung Yong Belar (Pahang), Gunung Chamah (Kelantan) dan Gunung Gayong

(Perak).

"Jika dapat menawan semua G7, sememangnya satu kepuasan maksimum bagi pendaki tegar.

"Hampir setiap minggu jika mempunyai waktu terluang, pasti saya akan berlatih mendaki di Bukit Batu Pahat yang terletak di Kuala Kubu Bharu dan Bukit Dua Ringgit, Rawang, Selangor.

"Bagi saya ia amat penting untuk mengekalkan tahap stamina dan kecergasan fizikal diri. Pendakian di kawasan itu kebiasaannya akan mengambil masa sekitar sejam untuk sampai ke puncak," katanya.

Dia mengakui gemar memulakan trek pendakian seawal jam 7 pagi. Baginya waktu itu paling sesuai dan tubuh masih lagi segar serta 'ringan.'

Heniyati mengakui persediaan adalah penting terutamanya bagi mereka yang terbabit dalam ekspedisi pendakian utama.

"Seseorang itu perlu menjalani rutin latihan seberapa kerap sebagai persediaan. Tahap kesihatan diri, amalan pemakanan yang seimbang dan rehat secukupnya perlu dititik beratkan," katanya.

MENYAKSIKAN
MENYAKSIKAN

Malah dia tidak malu meminta sebarang nasihat dan tunjuk ajar daripada ketua mahupun rakan-rakannya yang jauh berpengalaman.

"Selain itu kita kena bijak membawa diri dalam kumpulan yang disertai,"katanya.

Antara pengalaman dan cabaran yang lalui dalam pendakian ialah meredah laluan anak sungai, trek dalam keadaan basah, berlumpur dan becak akibat hujan serta tubuh dihinggapi pacat yang banyak, ancaman binatang buas.

Namun Heniyati menganggapnya sebagai pengalaman yang cukup berharga.

Pada masa sama, wanita yang bertubuh kecil ini menyatakan trek pendakian di Bukit Kutu paling sukar buat dirinya.

"Ini kerana treknya memacak 90 darjah. Apabila kita sudah berjaya mendaki dan melalui pahit getir cabaran sehingga sampai ke puncak, sudah pasti akan timbul rasa kepuasan hakiki yang tidak terhingga pada diri sendiri.

"Alangkah syahdunya apabila melihat keindahan alam semula jadi ciptaan Allah. Apatah lagi mata terpesona melihatnya terbentang luas termasuk awan karpet.

"Di sini juga kita beroleh ketenangan. Jauh dari hiruk piruk kota," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 January 2021 @ 6:15 AM