GELANDANGAN mengambil juadah sahur pada Kempen Jom Sahur.
Norizuan Shamsuddin
norizuan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Senyuman terpamer di wajah ratusan gelandangan di sekitar ibu kota apabila Institut Onn Ja’afar (I0J) turun padang bagi menyerahkan juadah sahur menerusi Kempen Jom Sahur.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Charles Mohan berkata, program tanggungjawab sosial korporat terbabit dilaksanakan dengan kerjasama Yayasan Chow Kit dan Pullman Putrajaya Lakeside Hotel.

Katanya, sebanyak 370 bungkus makanan akan diedarkan di dua lokasi di ibu kota iaitu Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Pusat Transit Gelandangan, di sini.

“Seramai 40 sukarelawan membabitkan penuntut institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) akan membantu mengagihkan makanan kepada golongan tidak berkemampuan,” katanya ketika ditemui.

Menurutnya, program terbabit adalah kali kedua dianjurkan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Jun 2017 @ 4:35 AM