SHAHRULASHAN
Siti Fatimah Nasir
am@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Seorang lelaki merayu orang ramai mengesan abangnya, Shahrulashan Zakaria, 49, yang hilang sejak Oktober 2013 dengan kali terakhir dilihat di Jalan Nova, Subang Bestari, Seksyen U5, Shah Alam.

Muhammad Jefri Zakaria, 39, berkata, pada 2010, abangnya tinggal bersama kakak selepas bercerai kerana tidak mempunyai tempat tinggal dan ingin bersendirian tanpa gangguan.

“Selepas itu, abang tidak menetap bersama kakak dan mahu tinggal bersama rakannya, tetapi dia enggan memberitahu di mana lokasi tempat tinggal rakannya,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali abangnya diminta menghubunginya di talian 018-2779598 atau Zainun Abdul Rashid, 012-2485578.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Julai 2017 @ 6:28 AM