Kassim menunjukkan nombor bot yang ditutup.
HM Digital

Sitiawan: Licik dan tamak selain tidak mahu kegiatan haram dikesan menyebabkan dua nelayan menjalankan operasi menangkap ikan pada waktu awal pagi dalam keadaan gelap dengan menutup tiga digit terakhir nombor pendaftaran bot mereka.

Bagaimanapun, taktik mereka terbongkar apabila perbuatan itu dikesan sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Perikanan berikutan penahanan dua nelayan tempatan atas kesalahan melanggar syarat sah lesen menangkap ikan di kedudukan 0.9 batu nautika pantai Segari, di sini, pada jam 5.30 pagi semalam.

Ketua Cawangan Pengurusan Sumber Pejabat Perikanan Perak Kassim Tawe berkata, biarpun menyedari kegiatan itu salah, namun dua nelayan berusia 30 dan 40 tahun berkenaan menangkap ikan di zon tidak dibenarkan sehingga menimbulkan keresahan nelayan persisiran pantai.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 September 2017 @ 5:24 AM