AISHAH (kanan) memberi Nor Aminah yang terlantar sejak kecil minum susu melalui tiub di rumahnya di Kampung Alma, di sini, semalam.
HM Digital

Bukit Mertajam: Seorang wanita berusia 42 tahun yang berdepan kesulitan hidup buntu apabila terpaksa menjaga adik bongsunya berusia 27 tahun yang terlantar sejak kecil, sekali gus memerlukan perbelanjaan tinggi.

Aishah Ali, 42, berkata, ketika ini kehidupan adiknya Nor Aminah berada dalam keadaan kurang selesa kerana alat pendingin hawa sumbangan orang ramai kira-kira dua tahun lalu sudah rosak.

Katanya, berikutan itu, tahap kesihatan Nor Aminah menjadi tidak stabil apabila sering mengalami demam, malah emosinya juga kerap terganggu dan pernah bertindak luar kawalan sehingga merisaukannya.

“Selain itu, Nor Aminah perlu mengelakkan dirinya daripada berpeluh kerana ia akan mengakibatkan ususnya yang sebelum ini sudah ditebuk akibat masalah saluran pembuangan najis yang tersumbat sejak empat tahun lalu kembali luka.

“Bukan itu saja, bil elektrik yang tertunggak juga mencecah hampir RM1,000 membuatkan saya turut bingung untuk mencari jalan penyelesaian” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu bagi meringankan beban Nor Aminah boleh menyalurkan sumbangan ke dalam akaun BSN 07103-41-00007388-0 atas nama Aishah Ali atau menghubungi talian 0175722271.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 September 2017 @ 6:02 AM